You are here: Home // January 2012
(Panas) Rozita yang ajak ke Genting - Zain Saidin
JIKA dulu Rozita Che Wan lebih bersikap terbuka dan mengaku mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Akademi Fantasi (AF8), Shahir, dan akhirnya hubungan tersebut terputus begitu sahaja, kini pelakon Kiah Pekasam itu mengambil jalan selamat untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya.
Terkini, ramai yang sudah menghidu mengenai bibit percintaan di antara Rozita bersama adik kepada Shasha Elite iaitu Zain Saidin sehinggakan Zain sanggup menemani Rozita dan anak-anaknya iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, ke Genting Highlands, Pahang pada hari Selasa lalu sempena musim cuti persekolahan anak-anak Rozita.
Malah, khabar yang sampai ke telinga Jom Terjah! mengatakan Zain sanggup mengenepikan semua urusan pada hari itu semata-mata untuk menunaikan kehendak Rozita yang ingin pelakon drama Gemersik Kalbu itu mengikutinya bersama anak-anak bercuti ke Genting Highlands.
Zain berkongsi cerita mengenai percutian bersama Rozita dan anak-anaknya Genting Highlands baru-baru ini.
JT: Dengar cerita awak bercuti bersama Rozita Che Wan ke Genting Highlands baru-baru ini?
Zain: Ya. Saya ada pergi bercuti dengan dia dan anak-anaknya ke Genting Highlands. Dia minta saya untuk temankan dia dan anak-anaknya ke sana.
Dia juga minta saya memandu kenderaan miliknya, dan saya menerima pelawaan dia.
Kenapa dia minta anda menemani dan memandu ke Genting Highlands? Bercuti bersama anak-anak dia pula. Sememangnya kelihatan anda begitu istimewa di hati Rozita. Komen anda?
Saya dan dia memang berkawan rapat. Semuanya bermula selepas kami berlakon bersama dalam drama Kiah Pekasam. Saya juga rapat dengan anak-anak dia dan boleh bergurau senda dengan mereka. Tapi, hubungan kami sekadar teman rapat sahaja.
Berapa lama anda berdua bercuti ke Genting? Dan adakah destinasi percutian lain yang anda berdua pergi?
Kami pergi ke Genting sehari sahaja. Balik hari.
Kami hanya pergi ke Genting sahaja dan kami tidak ada pergi ke tempat percutian lain.
Adakah anda memang menyukai wanita yang lebih berusia?
Saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Tak kira muda atau tua. Sememangnya saya senang berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk Rozita.
Kalau sudah ditakdirkan jodoh anda bersama Rozita bagaimana?
Kalau sudah jodoh saya dengan dia, secara automatik saya terima.
Beralih cerita mengenai diri anda. Apa yang sedang anda lakukan sekarang?
Saya sekarang tengah sibuk penggambaran drama 13 episod untuk RTM iaitu Bermulanya Di Sini.
Dalam drama itu saya digandingkan bersama Miera Liana. Selain itu, ada juga tawaran lain tetapi masih belum ada perjanjian hitam dan putih. Drama lakonan saya Gemersik Kalbu juga kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 pukul 7 petang setiap hari Isnin hingga Khamis.
Selain berlakon apa lagi perkara yang anda lakukan? Menyanyi atau mengacara?
Selain fokus berlakon saya juga sekarang sedang sibuk menghasilkan tiga single lagu rap yang bakal dikeluarkan tak lama lagi. Lagu rap yang dihasilkan sendiri oleh saya ini akan dikeluarkan serentak. Tiga tajuk lagu single itu adalah Transformasi, Cerita Cinta dan Niat Khalifah.
(Video) Penjelasan Nur Amalina Che Bakri
Nur Amalina Che Bakri menegaskan beliau berada dalam keadaan baik dan sentiasa memberi tumpuan kepada pengajian perubatan yang sedang diikutinya di Universiti Edinburgh, Scotland.
Melalui sidang video Internet menerusi perisian Skype dengan pemberita di kediaman keluarganya di Kota Tinggi, dekat sini, mahasiswa berusia 23 tahun itu sekali lagi menafikan dakwaan yang dia sudah hanyut dengan kehidupan sosial.
Beliau turut memberi penjelasan terperinci berhubung beberapa keping gambar yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Menurutnya, beliau memang meminati fesyen dan berpakaian cantik sejak kecil lagi, justeru tidak timbul isu telah membuka tudung kerana ia hanya dipakai ketika ke sekolah dan majlis-majlis yang memerlukan ia dipakai.
"Mengenai gambar dengan seluar yang dikatakan seksi, seluar itu ibu yang belikan dan dia sendiri yang mengambil gambar itu. Takkan ibu nak belikan pakaian yang melampaui batas? Seluar itu tidak menampakkan kulit kerana ia terdiri dari dua lapisan dengan lapisan berwarna coklat.
"Gambar dengan Sam pula adalah salah seorang kenalan Ina yang ibu juga kenal. Ia dirakam dalam keadaan rapat tetapi kami tidak bersentuhan, berpelukan atau melakukan apa-apa, malah ia juga telah dipotong walhal ia gambar secara beramai-ramai bersama rakan lain," katanya.
Jelas Nur Amalina lagi, Sam merupakan kenalan biasa yang turut sama dengan rakan-rakan lain merasai masakan Melayu apabila ibunya Sabariah Hassan, 52, berkunjung melawatnya di sana.
Tambahnya, gambar meluncur ais bersama rakan pula dirakam ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini.
Katanya, adalah mustahil untuk belajar setiap masa dan kadangkala beliau melepaskan tekanan dengan melakukan aktiviti bersama rakan lain seperti meluncur ais, bermain boling dan bersiar-siar.
Tegas beliau, biasiswa yang diberikan semuanya digunakan untuk pengajian dan belanja pakaian disediakan oleh ibunya sendiri.
Ditanya sama ada kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan dalam pengajian, Nur Amalina berkata, isu itu akan meningkatkan lagi semangat dan motivasinya untuk mengharumkan nama negara.
"Terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat dan komen mengenai saya. Saya akan jadikan ia sebagai iktibar untuk menjadi insan yang lebih baik tetapi bukan dengan kutukan dan menjatuhkan saya," katanya.
Dua Anggota 'Boboi' Sertai UMNO
Dua anggota kumpulan Boboi daripada program Maharaja Lawak Mega (MLM) iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dengan rasminya menjadi ahli Umno apabila mereka menyerahkan borong keahlian pertubuhan itu pada Selasa.
Kedua-dua pelawak berkenaan menyerahkan borang kepada Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Abd Rauf Jusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Afdlin ketika ditemui berkata, dia menganggotai Umno dalam usaha menarik lebih ramai golongan belia untuk menyertai parti itu.
Katanya, dia sendiri sudah lama menjadi pemerhati terhadap pertubuhan politik dan meletakkan keyakinan tinggi kepada Umno terutamanya di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sejak mula mengundi saya telah mengikut semua perjalanan Umno dan cukup mengagumi semua tokoh-tokoh yang telah membangunkan negara.
"Penyertaan saya ini adalah sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri dan berharap dapat menarik lebih banyak golongan muda dan peminat menyertai Umno," ujarnya.
Dalam pada itu, Afdlin berkata, wakil daripada golongan artis dalam sesebuah parti politik memainkan peranan penting kerana sedikit sebanyak ia dapat mempengaruhi dan sekali gus menaikkan imej sesebuah parti itu.
"Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sendiri menggunakan golongan artis untuk membantu meningkatkan imejnya selain bertujuan memancing undi. Ternyata strategi itu berjaya.
"Penyertaan kami juga diharap dapat membuka hati peminat-peminat kami yang menyokong parti lain supaya mengikut jejak langkah kami menyertai Umno," ujarnya.
Sementara itu, mengulas penglibatan sebagai ahli baru pertubuhan itu, Harun berkata, dia tidak berfikir panjang mengenai perkara tersebut kerana ia adalah keputusan bijak dan tepat.
Kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kata Harun dan penglibatan dalam Umno juga dilihat dapat memberi kelebihan kepada industri seni kerana ia dapat membantu golongan artis pada masa hadapan.
"Penyertaan ini bukan bersifat peribadi atau kerana gilakan pangkat tetapi lebih kepada kami memainkan peranan sebagai seorang selebriti yang dilihat dapat menarik golongan muda menyertai Umno."Malah saya sendiri sebagai Presiden Seniman dapat menggalakkan lebih ramai penggiat seni mengikut jejak saya," ujarnya.
Afdlin dan Harun masing-masing menjadi ahli Umno bagi cawangan Dataran Merdeka, bahagian Bukit Bintang sebagai ahli biasa.
Dalam perkembangan lain, Abd Rauf berkata, kemasukan kedua-dua pelakon dan pelawak itu bukan sekadar perhiasan dalam parti itu sebaliknya dapat mendukung wawasan parti berkenaan supaya dapat dijadikan contoh kepada golongan belia di negara ini.
Katanya, suara golongan artis yang sering dekat dengan peminat dilihat dapat memainkan peranan baik dalam menyampaikan misi dan visi parti itu.
(Gambar) Nur Amalina, Pelajar Cemerlang SPM 2005 Bersosial
Masih ingatkah korang dengan Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM yang mendapat 17A1 pada tahun 2005?
selepas mendapat keputusan cemerlang itu, Amalina berangkat ke UK untuk buat A-Level sebelum memasuki University Of Edinburgh, Scotland untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. Namun, Yang menjadi persoalan apakah benar dakwaan mengatakan bahawa Nur Amalina ini sudah lupa daratan dan mula terkena kejutan budaya.
Kami pun tidak pasti tentang perkara ini. Namun, selepas melihat gambar-gambar terkini beliau, mungkin memberikan gambaran terkini tentang diri beliau.
(Gambar) Aaron Aziz Raikan Cinta Di Paris
Memang diketahui ramai yang family man Aaron Aziz digilai ramai wanita, tetapi nampaknya dia tetap setia pada yang satu. Ramai yang bertanya sama ada Diyana Halik, isteri beliau merangkap pengurus kariernya berasa cemburu kerana Aaron berlakon dengan wanita-wanita lain, tetapi kami pernah membaca yang Diyana berkata dia tidak cemburu. Sukar untuk dipercayai?
Sebenarnya ini tidak mustahil kerana jika kita berasa secure dengan perhubungan dengan pasangan, tidak ada apa yang perlu diragukan lagi. Menyemak e-mel kami, ada pula insan yang mahu nama dirahsiakan menghantar gambar Aaron dan Diyana sedang berkucup di hadapan Menara Eiffel di Paris.



















