You are here: Home // June 2010

(Gambar) Koleksi Saman Datuk K

Semua pengguna jalanraya di Malaysia sekarang ni kami rasa panik bila dah mula Polis Di Raja Malaysia memburu pesalah jalanraya yang tidak membayar saman. Kadang-kadang bukan apa, kami di Jom Terjah amat yakin bahawa bukan tak mahu bayar saman, tapi mungkin kerana takda masa untuk ke Balai Polis untuk bayar saman tersebut dan pelbagai lagi masalah.

Dalam pada itu, terkejut juga kami bila ada seorang pengirim email telah menirim email jumlah saman yang diterima oleh suami kepada seorang Diva No. 1 di Malaysia ni adalah antara tertinggi di Malaysia..amboi...dahsyatnya...

filed under: ,

(Gambar) Percutian Romantis Awal Ashaari dan Scha Al Yahya di Bali


Dalam diam-diam, pasangan pelakon dan pengacara yang sedang bercinta, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya khabarnya telah bercuti bersama di Bali, Indonesia. Dalam duk sibuk-sibuk nak cover hubungan cinta mereka akhirnya tersebar sudah gambar percutian mereka di Bali baru-baru ni. Selepas kami di mendapat informasi ni, kami Jom Terjah cuba mendapatkan kesahihan dan ketulenan gambar dan cerita sensasi ni. Menurut informasi tersebut, gambar ini tersebar gara-gara diambil daripada Facebook milik Awal. Takpela Awal...lantaklah apa orang nak kata, janji bahagiakan??huhuhu..Kita layan koleksi percutian romantis Awal Ashaari dan Scha Al Yahya di Bali...












Kita nantikan komen Awal dan Scha tentang gambar ini..

filed under: , , ,

Saiful Apek Berenti Berlakon Lepas Kantoi Ganja


"Saya insaf! Saya percaya untuk menjadi manusia yang baik, saya perlu terlebih dulu melalui insiden buruk. Soal imej buruk atau sebaliknya, itu terpulang kepada masyarakat. Dengan rendah hati, saya mengakui tidak layak untuk diangkat sebagai ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW.

“Tiada siapa yang akan dapat menggantikannya dan Alhamdulillah, penahanan itu membawa fadilat tersendiri untuk saya rasai nanti,” kata Saiful Apek, 41, dalam nada sebak yang sekali gus menyatakan hasratnya mengundur diri daripada industri hiburan untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti kemasyarakatan.

“Saya berundur diri kerana ingin berehat dan mahu merasai nikmat hidup sebagai orang sihat serta bebas,” katanya menerusi panggilan telefon, petang semalam.

Pelawak yang nama penuhnya, Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff berkata, pengalaman ditahan reman selama empat hari sebelum dibebaskan Khamis lalu, menimbulkan keinsafan dan membuatkan dia bersyukur kerana dapat kembali menghirup nikmat kebebasan seperti manusia lain.

Penahanan itu juga katanya, mencetuskan idea kepadanya untuk melancarkan kempen berjuang menentang penyalahgunaan alkohol, dadah serta penganiayaan.

Katanya lagi, penahanan itu turut membawanya melalui satu proses transisi, membuat dia lebih mengenali diri dan mengetahui siapa teman sejati dan lawan.Saiful Apek berkata, keputusan itu diambil bukan kerana insiden hitam yang dilalui sebaliknya dia ingin menyempurnakan sebuah hasrat yang sekian lama diimpikan.

Enggan mengulas panjang mengenai impian itu, Saiful Apek berkata, peluang itu juga dimanfaatkan untuk bersama keluarga kerana sebelum ini terlalu sibuk dengan urusan karier seni.

Dia bagaimanapun, mengakui masih berminat untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang hiburan dan akan kembali apabila tiba masanya.

“Saya sentiasa meletakkan diri sebagai seorang pelajar dalam menimba ilmu seni. Jadi tidak akan ada istilah bersara atau meninggalkan bidang hiburan selama-lamanya.

“Saya cuma mahu mengundur diri sementara. Saya pergi bukan kerana takut dengan persepsi negatif masyarakat. Saya juga tidak takut untuk bersemuka atau berdepan dengan kelompok minoriti yang cuba menjatuhkan nama baik dan karier.

“Saya akan manfaatkan masa itu dengan berjuang menerusi kempen antialkohol, penyalahgunaan dadah dan penganiayaan selepas melalui satu pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu juga berkata, dia tidak bimbang peristiwa penahanan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah, Sabtu lalu membataskan peluangnya untuk terus aktif sebagai anak seni.

Baginya, rezeki setiap manusia ditentukan Allah dan dia sentiasa yakin apa juga musibah berlaku tidak sesekali menjejaskan semangatnya.

Ditanya kemungkinan penahanannya itu berlaku kerana penganiayaan, enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada Allah.

Cukup katanya, dia berterima kasih dan menyatakan penghargaannya kepada pihak polis melayannya dengan baik sepanjang ditahan.

“Perkara lain berkaitan peristiwa penahanan tidak dapat saya jelaskan kerana semuanya masih dalam siasatan. Serahkan saja kepada polis untuk menyelesaikannya dengan bijaksana dan adil,” katanya.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada peminat sanggup mengumpul wang bagi membantu pembebasan saya. Mereka ini menjadi sumber kekuatan saya,” katanya.

filed under: , ,

(Panas) Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mahzar Hakim Talak Satu


Kami dahulukan ucapan takziah kepada Azrinaz Mazhar Hakim kerana berita yang kami dengar bahawa beliau telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu. Dan segala pangkat, pingat dan jawatan kebesaran Azrinaz Mazhar juga telah dilucutkan.

Untuk yang tidak mengetahui, Azrinaz Mazhar merupakan bekas wartawan TV3 sebelum disunting menjadi isteri kepada Sultan Brunei. Kemungkinan besar dengan penceraian ini, Azrinaz Mazhar bakal pulang ke Malaysia. Kita tunggu dan lihat nanti.

Oh ye, buat anda yang tidak mengenali siapakah Azrinaz Mazhar, mungkin
koleksi gambar Azrinaz Mazhar dapat membantu anda. Untuk makluman, perkahwinan Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar dikurniakan 2 cahaya mata.

Takziah kepada beliau dan semoga tabah menghadapi hidup selepas ini.

filed under: ,

(Gambar) Majlis Perkahwinan DJ Anne Hot FM

Alhamdulillah..lepas sorang-sorang artis Malaysia yang telah melangsungkan perkahwinan pada tahun ini baru je lepas entri tentang Majlis Perkahwinan Harith Iskandar dah kena tulis pulak entry Majlis Perkahwinan DJ Anne dari Hot FM, Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29 atau lebih mesra disapa, Anne, dan Nik Mahathir Zainuddin, 33, yang telah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira 11.30 pagi (12/6). Dengan hanya sekali lafaz, Anne sah menjadi isteri kepada pereka grafik, Nik yang dikenalinya ketika sama-sama bekerja di MiTV satu ketika dulu. Pada majlis bersejarah itu, Anne telah menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin De Gem, beg tangan Prada, jam tangan Tag Hauer, set kosmetik YSL, sejadah, sireh junjung dan mas kahwin RM1,000. Kepada peminat Anne, sedikit gambar sekitar Majlis Perkahwinan Anne Hot FM


P/S: Fara Fauzana bila lagi??

filed under: ,

(Gambar) Majlis Pernikahan Harith Iskandar

Akhirnya, setelah sekian lama membujang, pelawak dan pelakon Harith Iskandar telah selamat dinikahkan dengan pasangan beliau yang juga Doktor dan model, Jezamine Lim . Majlis sederhana tetapi meriah ini diadakan di Kota Damansara yang turut dihairi keluarga dan sahabat terdekat. Khabarnya, perkahwinan mereka ini tidak mendapat restu keluarga Jezamine dan keluarga beliau dikatakan tidak hadir ke Majlis Pernikahan Harith Iskandar dan Jezamine Lim ini. Dalam majlis serba ringkas itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin Carat Club serta wang hantaran sebanyak RM50,000.
Berikut adalah gambar sekitar Majlis Pernikahan Harith Iskandar dan Jezamin






Kami di Jom Terjah mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Harith Iskandar dan isteri semoga berkekalan hingga akhir hayat!!Amin..

filed under: ,

(Panas) Saiful Apek Kantoi Ganja!!

Terkejut jugak kami di Jom Terjah!! bila mendapat tahu tentang berita tentang Penangkapan pelawak Saiful "Apek" kerana beliau dipercayai memiliki dadah. Berikut adalah antara berita penuh mengenai tangkapan beliau.

Pelakon komedi terkenal,Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41 atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam (12/6). Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kalau dulu, beliau pernah dituduh mengambil dadah gara-gara gambar Saiful Apek hisap dadah di bawah, dan beliau menafikan tuduhan tersebut. Tetapi kini lain pula ceritanya apabila beliau ditahan akibat dadah.


filed under: , , ,

Best Bits of Project Alpha Season 2

Dalam diam tak diam..Pejam celik-pejam celik akhirnya Project Alpha Season 2 sudah sampai ke penghujungnya. Ini bermakna, selepas ini, akan muncul pula Project Alpha Season 3. Project Alpha Season 2 ini telah menampilkan 7 orang bloggers Malaysia yang terkenal dan famous, antaranya ialah Azwan Ali..ala..si mulut laser yang meletop tu..huhuhu..aku pun selalu juga baca blog beliau..


Bila sebut tentang best moment aku dalam Project Alpha Season 2 ni ialah apabila melibatkan scene Azwan Ali. Kenapa? Pada aku, si Azwan Ali ni seorang yang jujur dan tidak hipokrit..mungkin pada sesetangah orang merasakan kata-kata laser Azwan Ali ni melampau dan susah nak diterima, namun pada aku beliau jujur dan selamber jer..
Aku suke time redmummy interview Azwan Ali tentang blog beliau yang menggunakan font sesuka hati..RM memang beritahu dia tak suke huruf besar tu dengan alasan sakit mata la pening la…tapi Azwan Ali dengan selamba berkata "ada aku kesah??kalau orang tak suka jangan baca."

Selain itu, aku memang suke Project Alpha episod yang dorang pergi tengok ular tu.Berani betul dorang pegang dan main ngan ular tu..kalau aku, dah chow awal2 dah.

Walau apapun, dengan berakhirnya episod 49 di Project Alpha Season 2, maka Project Alpha Seson 2 akan melabuhkan tirainya..diharapkan sudi-sudikanlah untuk kembali lagi dengan Project Alpha Season 3 dengan membawa isu-isu dan bloggers yang lebih menarik dan terbaik..bagi mereka yang terlepas episod 47 hingga 49 (serta bonus) jadi saksikanlah episod-episod terakhir Project Alpha Season 2 ini..









Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

(Gambar) Abby dan Zul Bagai Kekasih

Kebiasaannya sebelum ni, kami di Jom Terjah banyak menerjah Norman dan Memey jer..hampir-hampir pulak kami terlupa perkembangan terkini pasangan Abby dan Zul pulak..

Khabarnya pasangan ini pun sedang hangat
bercinta dan mungkin gambar-gambar kemesraan Abby dan Zul ini mengungkap semua cerita..Layan..



Bahagiakan??kalau ye pun mereka ni bercinta, apa salahnya??kan?...

filed under: ,

(Gossip) Nora Danish Keluar Dengan Kekasih Baru?

Nak kata panas, tak sangatla..mungkin suam-suam kuku je gossip ni..Gossip bergambar ini diterima baru-baru ini melalui kiriman email daripada seorang pembaca blog Jom Terjah yang mahu gossip ini di 'hangat'kan..hurm..

Gossip ini adalah pasal pelakon wanita dan juga pengacara terkenal tanah air,
si Nora Danish khabarnya baru-baru ini, beliau dilihat keluar dengan seseorang..siapa agaknya ye?

Melalui pengirim gambar ini, difahamkan bahawa si
Nora Danish kelihatan makan malam bersama-sama rakannya dan dikatakan kelihatan beliau datang dengan seorang lelaki...hurmm..siapakah lelaki itu??nantikan komen Nora Danish nanti..




filed under: , ,

(Gambar) Majlis Pertunangan Aqasha

Dalam diam-diam rupa-rupanya lelaki terkenal, Aqasha sudah selamat bertunang dengan gadis pilihannya yang tidak diketahui namanya..Khabarnya Majlis Pertunangan Aqasha ni tidak digembar-gemburkan pada media massa dan hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir..hurm..Mungkin Aqasha mahukan privasi tentang pertunangan beliau..

Jadi kepada peminat Aqasha yang sedih kerana tidak dijemput ke Majlis Pertunangan Aqasha, korang layan gambar je la...Kami di Jom TerJah mengucapkan Selamat Bertunang kepada Aqasha..Layankan Gambar Pertunangan Aqasha..



filed under: , , ,

(Gambar) Isteri Lan A to Z Main Poker

Rasanya ramai yang dah tahu al kesah yang melanda rumahtangga Lan A to Z yang dikatakan kian goyah akibat daripada perbuatan isterinya Marcella, yang dikatakan telah meninggalkan beliau dan membawa 3 anak mereka ke United Kingdom. Marcella yang juga bekas pramugari Royal Brunei dikatakan telah meninggalkan Lan seorang diri di sini..

Namun, kami bukan mahu menceritakan kesah ini.Tapi tentang perubahan yang ketara si Marcella ni yang dikatakan sudah tidak bertudung lagi..malah berpakaian seksi sambil bermain poker..hurmm... camaner tu??

Gambar dulu...

gambar kini...









Apapun, kami di Jom Terjah mendoakan yang terbaik buat Lan dan isterinya dan masalah rumahtangga mereka kekal seperti dahulu..

filed under: , ,
Related Posts with Thumbnails