You are here: Home // February 2010

(Gambar) Aktiviti Heliza AF5 Di Hujung Minggu


Alahai, sweetnya tengok penyanyi cantik, si Heliza AF5 ni bersama kakanya bercuti di hujung minggu..huhuhu..yela, semenjak bergelar artis ni susahkan nak bercuti dengan family..jadi dengan kesempatan yang ada, si Heliza ni pun berjalan-jalanlah dengan kakaknya..khabarnya kakak si Heliza ni seorang pramugari..tak kesahlah..apa-apa pun, layan je gambar-gambar Heliza AF5 dengan kakaknya..




filed under: ,

(Gambar) Mesranya Norman & Memey


Makin lama-lama makin hot pulak kesah pasangan bahagia ni..kalau pada entri sebelum dalam blog ni kami ada mendedahkan gambar kemesraan mereka, sekarang ni dah makin menjadi-jadi pulak..pasangan yang kami maksudkan ni tak lain ialah pasangan Norman Hakim & Memey..


Kalau dalam entry sebelum ni lebih berkisar kepada kemesraan Memey dengan Anak Norman, tapi sekarang lebih kepada kemesraan Memey & Norman dengan bakal mertua masing-masing..haha..wah dah dapat lesen besar nampak??Apalagi Norman, jangan lama-lama untung-untung tahun depan boleh masuk Sehati Berdansa pulak ye tak??hahaha...layan jerla gambar-gambar romantik Norman & Memey ni..huhuhu..

filed under: , , ,

(PANAS) MAYA KARIN BERCERAI?

Ish..berita gossip yang baru kami terima melalui sumber kami yang tak berapa nak sahih tentang keretakan rumahtangga artis jelita, Maya Karin. Menurut sumber tersebut, suami kepada Maya Karin, Steven David Shorthose atau namanya Islamnya, Muhammad Ali, telah berpindah keluar rumah kediaman mereka (tidak disebut rumah yang berada di Malaysia atau luar negara).
Semuanya dikatakan berpunca gara-gara daripada sikap Maya Karin sendiri yang bermain kayu tiga dengan seseorang boleh dianggap golongan VIP/VVIP dan mengakui hubungan itu kepada suami.Steven dikatakan telah memfailkan kes tuntutan penceraian pada hari Isnin yang lalu.

Entahlah, kalau sumber ini sahih, mungkin akan ada liputan meluas di media nanti..Walaubagaimanapun, kami doakan semoga rumahtangga Maya Karin dan Steven berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin..

filed under: ,

(PANAS) ZARINA ANN JULIE POSITIF AMBIL DADAH?

Pelakon utama drama terbitan TV3, Anak Pontianak iaitu Zarina Ann Julie di tahan baru-baru ini dalam satu Sekatan Jalanraya 'Ops. Perayaan Tahun Baru Cina' di LCCT..

Menurut sumber, pada awalnya beliau ditahan oleh JPJ atas kesalahan menggunakan cermin gelap pada keretanya...Namun setelah diperiksa, beliau kemudiannya mengaku pula mengambil dadah jenis Ketamin dan apa yang memeranjatkan, kawan dia pulak mengambil dadah jenis Syabu..lor..pulak dah!!


Pelakon yang pernah membintangi drama seram bertajuk ‘Anak Pontianak’ itu ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Pelakon itu yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu, dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.


Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin memberitahu pemberita kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 24 tahun itu akan dibawa ke pejabat AADK Sepang bagi menjalani ujian air kencing.

“Mereka tidak boleh disahkan lagi positif mengambil dadah sebelum ujian saringan air kencing dihantar ke Jabatan Patalogi untuk pengesahan.

“Sekiranya kedua-dua mereka didapati positif mengambil dadah buat kali pertama, mereka akan diletakkan di bawah pengawasan komuniti oleh AADK,” katanya.

Operasi selama kira-kira tiga jam bermula pukul 8 malam itu melibatkan 27 kakitangan AADK dan 20 penguatkuasa JPJ.

filed under: , ,

(GAMBAR) NABIL RAJA LAWAK & FARAH ALYA BERSOSIAL

Memula kami terima maklumat pasal gambar ni di blog Oh Artis, kami pun macam tak percaya juga...betul ke tak betul tentang cerita ni anda sebagai pembaca, boleh nilai sendiri yer??hum..cuma ada 2 persoalan yang bermain di fikiran kami bila kami melihat gambar-gambar ini..persoalan pertama, di mana Irma Hasmie?? keduanya, Botol apakah yang terdapat diatas meja seperti gambar di bawah?


Persoalan pertama, kita tunggu Nabil dan Irma yang akan bagi komen nanti..bagi persoalan kedua, kami hanya akan bersangka baik sahaja pada Nabil..mungkin botol itu bukan diminum oleh Nabil..hum..bolehkan??
Apa-apapun, menurut sumber, party ini diadakan bertujuan untuk menyambut kejayaan Filem sulung Nabil iaitu "Lu Pikirla Sendiri De Movie"..tapi yang anehnya, kenapa mesra betul si Nabil dan Farah Alyah ni??
Buat pengetahuan pembaca semua, Farah Alya ni antara pelakon baru yang popular dengan drama Tari Tirana di TV3...hum..apa-apapun, layan je la gambar-gambar diorang ni..









filed under: , , ,

(GAMBAR) KEKASIH BARU NORA DANISH?

Kami rasa mungkin ramai Jejaka jejaki seluruh Malaysia tersentap bila membaca entry ni..tapi walaubagaimanapun kami rasa ini bukanlah sumber sahih..cuma masih diperingkat gossip suam-suam kuku jer ni..lagipun, tuan punya badan si Nora Danish ni belum pun membuat pengakuan tentang siapakan lelaki ini...mungkin juga hanya saudara ke sepupu ke adik angkat ke..macam-macam andaian boleh dibuatkan??hahaha.. Layankan jela gambar Nora Danish dan kekasih barunya..

Walauapapun, kami mendoakan yang terbaik buat beliau dan sekiranya gossip ini benar, apa salahnya kan??tunggu jela pengakuan dari Nora Danish ni..huhuhu

filed under: , ,

(GAMBAR) WANITA SEKSI DALAM VIDEO KLIP 'DO IT, DUIT'-JOE FLIZZOW

Siapalah yang tak kenal dengan President Hip Hop Malaysia, si Joe Flizzow ni..memang tak dinafikan bahawa Joe Flizzow berjaya dalam membawa enakmen lagu dan rentak Barat di Malaysia..Namun, kontroversi yang melanda bukanlah diakibatkan tentang rentak lagu dan irama Hip Hop yang dibawanya, tapi berkaitan dengan isu Video Klip terbarunya bertajuk "Do It, Duit" yang menampilkan Perempuan Seksi dan Berbikini...huhuhu..memang sungguh 'kebaratan' sekali video klip ni..huhuhu
Berkali-kali ditonton video terbaru Joe Flizzow untuk lagu ‘Do It, Duit’ ini, banyak gerak gaya Joe Flizzow mirip Jamie Foxx. Namun mesej keseluruhan video ini masih berkisarkan kemewahan walaupun diyakini duit dalam poket beliautidak’lah semewah mana..huhuhu..
Melihatkan kepada raut wajah & perwatakan gadis ini, tidak salah dikatakan yang beliau datang dari bangsa Melayu sendiri — namun berbikini dalam lagu anak Melayu. Bukan sesaat dua imej berbikini gadis ini di dedahkan, tapi berulang kali..hum..agaknya si Joe Flizzow ni dah lupa adat ketimuran sampai berani menampilkan adengan Wanita Seksi dan Berbikini dalam Video Klip beliau ni..

sumber: izyan.com

filed under: , , ,

(GAMBAR) ALYAH MAHU SEKSI LAGI

DEMI fesyen dan mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati!

Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif.

Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Ditanya kepada Alyah mengenai pakaian yang direka oleh Jeffry Ibrahim itu, Alyah menjawab: “Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’.

“Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini tidak menafikan mungkin ada sesetengah penonton yang terkejut dengan penampilannya itu.

Namun, jelasnya lagi: “Kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi…saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu.

“Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.”

Alyah sudah lama berada dalam industri ini sejak dia menyertai sebuah program realiti. Selepas itu, Alyah dilamar oleh The Fabulous Cats untuk sama-sama menyanyi dalam kumpulan itu.

Tidak lama selepas itu, Alyah dikatakan telah keluar daripada kumpulan itu kerana mengalami masalah peribadi.

Sekitar tahun lalu, nama Alyah kembali menjadi siulan peminat setelah dia tampil dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjam Satu Bintang (duet dengan Riz AF6).

Kata Alyah lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya termasuk berfesyen.

“Saya ada trend sendiri untuk direalisasikan. Setakat ini, belum ada lagi yang dating kepada saya dan mengatakan pakaian saya keterlaluan.

“Saya pakai apa yang saya nak pakai,” jelasnya lagi yang baru selesai membuat promo untuk Hot FM Big Jam.

Selain itu pakaian, Alyah juga selesa menggayakan rambut pendek untuk tahun 2010 ini.

Alyah berkata, rambut pendek ini merupakan nazarnya apabila dapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.

“Apabila dah masuk 2010 ini, saya teringin untuk membuka buku baru. Jadi, sebab itu saya memotong rambut pendek. Tambahan pula, saya perlu membayar nazar untuk gunting rambut jika dapat masuk AJL,” beritahunya lagi yang telah tampil dengan single ketiga berjudul ‘Realiti Dewi’.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam proses untuk merakamkan album terbarunya.

“Insya-Allah, saya akan merakamkan single terbaru pada Februari depan,” ujarnya.

filed under: , ,

(GAMBAR) MEMEY BERTUDUNG


Semenjak gambar mesra Norman & Memey tersebar dengan meluas di media massa dan elektronik. Memey makin berani tampil dikhalayak ramai dengan pelbagai fesyen..yang terkini pula, khabarnya Memey dah bertudung..Kalau betul bagai di kata, baguslah..mungkin dah tiba masanya untuk beliau bertudung, dah insaf mungkin??ataupun atas nasihat Norman Hakim??wah..dah macam Mawi & Ekin dulu-dulu pulak...


Tapi kami percaya Memey bertudung ni hanya dalam lakonan semata-mata seperti kehendak Pengarah drama..huhuhu..



sumber:Izyan.com

filed under: , ,
Related Posts with Thumbnails
Copyright © 2009 Jom Terjah!!.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.