Your are here: Home // // My Dream Destination

My Dream Destination

Sememangnya aku suka melancong dan 'makan angin' ni.Tak kesahlah di dalam mahupun di luar negara..Bak kata pepatah, "Jauh Perjalanan Luas Pengalaman, Tambah Pengetahuan"..Kalau nak diikutkan dah banyak tempat yang pernah aku kunjungi dan lawati, sama ada di dalam ataupun di luar negara antaranya seperti Bandung, Amsterdam, Madrid dan Perth.

Tetapi, dalam banyak-banyak tempat yang aku pernah pergi, aku paling teringin sangat nak ke Hong Kong Disneyland. Kira macam Destinasi Impianku la..Seriously, My Dream Destination is Hong Kong Disneyland...Mesti semua tertanya-tanya kenapa mesti ke Hong Kong Disneyland??Apa yang ada di Hong Kong Disneyland??..Ini Jawapannya...


Hong Kong Disneyland ini adalah merupakan antara taman tema Disney yang terbesar di rantau Asia selepas Disneyland Tokyo. Mula dibuka kepada pengujung pada 12 September 2005, Hong Kong Disneyland mampu menarik pengunjung sekitar 34,000 pengunjung sehari dengan keluasan sekitar 68 ekar.

Hong Kong Disneyland ini terbahagi kepada 4 kawasan iaitu Main Street, Fantasy land, Tomorrow Land dan Adventure Land. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di sini antaranya Disney Day & Night Parade, Disney Show, dan yang paling menarik ialah dapat bertemu dengan karakter-karakter kartun Disney seperti Mickey & Minnie Mouse, Goofy, Donald & Daisy Duck, Toy Story, Tarzan dan macam-macam lagi..Menarikan My Dream Destination ni??Antara aktiviti menarik di Hong Kong Disneyland..





Jadi untuk merealisasikan impian aku ke Hong Kong Disneyland ni, aku memilih untuk menggunakan khidmat MAS Traveller untuk mendapatkan pakej-pakej menarik dan info-info pelancongan menarik untuk ke Hong Kong Disneyland ni daripada Malaysia Airlines ni..Kenapa aku memilih Malaysia Airlines??Aku memilih Malaysia Airlines kerana keselasaan dan apa yang penting, Malaysia Airlines pernah di nobat sebagai World's Best Cabin Staff!!..huhuhu..diiktiraf dunia tu...Syabas Malaysia Airlines!!We are proud of you!!

Jadi tanpa membuang masa, aku perlu ke website MAS Traveller untuk mendapatkan maklumat dan peluang untuk aku menjadikan destinasi impianku menjadi kenyataan..huhuhu..ape tunggu lagi??Mickey Mouse dah memanggil-manggil tu...Jom cuti??

Sebagai pembakar semangat, layankan video Project Alpha Episod 4 hingga 7..










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

filed under:

Leave a reply

Related Posts with Thumbnails