You are here: Home // October 2009

GAMBAR: SANGGUP BERBOGEL DEMI BAYAR HUTANG


LONDON - Juri program realiti televisyen popular, The X Factor, Dannii Minogue mengakui dia pernah berbogel dalam sebuah majalah kerana dia mahu mendapat wang untuk membayar hutang, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi pop Australia dan adik kepada penyanyi, Kylie, 41, itu mendakwa, dia bertindak demikian bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah berjumlah £150,000 (RM845,597) pada 1995.

Dannii, 38, ketika itu dalam proses perceraian dengan suaminya, seorang aktor terkenal, Julian McMahon.

Dia berbogel dalam sebuah majalah lucah edisi Australia pada Oktober 1995.

"Keluaran bulan itu paling laris dan pihak penerbit terpaksa mencetak lebih banyak naskhah," katanya.

Dia mendedahkan pengalaman sedih itu dalam satu rakaman wawancara bersama dengan pengacara Piers Morgan di stesen televisyen ITV1 yang akan disiarkan esok.

"Saya tidak menyesal tetapi berasa lega apabila ramai orang tahu kenapa saya nekad berbogel kerana saya memikul beban yang berat," kata Dannii.
p/s: jangan jadi macam ni..huhuu

filed under: ,

GAMBAR: AZMIN ALI JEJAK KAKI KE RUMAH AZWAN ALI SELEPAS 9 TAHUN


DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.

Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.

"Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.

Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya.

"Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.


Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca.

Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku.

Seorang lagi abang yang tua, Azman Ali, 46, seorang ahli perniagaan, muncul sejurus kemudian dengan keluarganya. Bertambah meriah suasana di rumah banglo berkembar dua tingkat milik Azwan yang terletak di Taman Andaman, Ukay Perdana petang tadi.

Nasi minyak istimewa dari air tangan Mak Tom bersama rendang tok dan dendeng berlada menanti di meja makan. Azwan pula tidak menang tangan melayan anak-anak buah yang berlari riang di dalam rumah.


Biarpun sudah besar panjang dan mempunyai keluarga masing-masing, baik Azmin, Azwan dan Azman tetap dilayan dengan manja oleh Mak Tom.

Sebagai hos yang terkenal dengan aksi riuh rendahnya, Azwan berjaya mencuit hati Azmin. Mungkin juga beliau rindu melihat gelagat begitu selama ini.

Sesekali, Azwan meminta izin abangnya untuk bergambar bersama.Dan setiap kali lensa kamera di arah ke wajahnya sambil Azwan berposing di sebelahnya, Azmin yang kelihatan agak kekok pada mulanya, hanya tersenyum.

Saya tak biasa....," tuturnya lembut.

Ketika ditanya tentang karier Azwan, Azmin berkata adiknya itu sememang dilahirkan untuk menjadi anak seni.

"Dari kecil lagi, Azwan suka menjadi pengacara. Waktu sekolah dulu, kayu di belakang rumah akan dijadikan mikrofon dan dia akan beraksi seolah-olah dia seorang pengacara.

"Saya sokong apa jua karier pilihannya cuma saya tidak berapa minat hiburan. Jarang saya membaca ruangan hiburan. Bukan tidak mengikuti karier Azwan tapi saya terlalu sibuk," jelas Azmin.

Katanya lagi, "Apa pun yang kita buat, mesti ada kesederhanaan (There must be moderation in everything)."

Azmin melahirkan rasa syukurnya dengan pertemuan hari ini sambil mengimbau apa yang pernah berlaku satu ketika dulu.

"Pada tahun 2000, waktu saya melakukan umrah buat pertama kalinya, saya memohon agar Tuhan satukan kembali kami adik beradik. Alhamdulillah setelah 9 tahun, doa saya dikabulkan. Saya rasa sungguh gembira dengan pertemuan ini.


"Sekarang kami seperti satu keluarga bahagia ...one happy family again. I miss this for some years. Sememangnya ini yang saya harapkan setelah insiden tahun 2000 itu... supaya keluarga saya jadi kuat dan bersatu," katanya dengan penuh makna.

Kata Azmin lagi, "Saya hargai pertemuan seperti ini sebab itu saya tolak undangan open house yang lain untuk hadir ke rumah adik saya. Saya ada 17 jemputan 'open house' hari ini. Saya terpaksa menolak undangan beberapa rumah kerana ingin datang juga ke rumah Azwan."

Ternyata pertemuan adik beradik petang itu yang disaksikan Mak Tom, membawa lembaran tersendiri yang cukup indah dan bermakna.

Menurut Azmin, kesibukannya sebagai ahli politik, selalu menjadi momen begini terlalu sukar.

"Tapi insyaAllah kalau ada kesempatan lain, saya akan datang lagi. Saya cukup menghargai kesempatan seperti ini," jelas Azmin, anak keempat dari 6 beradik.

filed under: ,

GAMBAR: HASRAT LINDA ONN & FAHRIN TINGGAL BERSAMA DI BANGLO RM2.4 JUTA MUSNAH


Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya. Demikianlah suratan hidup Linda Onn yang akhirnya tidak jadi berkahwin dengan Fahrin Ahmad. Hubungan mereka telah tinggal satu sejarah tetapi kenangan itu Murai Batu dengar ada terpalit pada sebuah rumah besar yang baru dibeli dan diduduki Linda sekarang.

Murai Batu telah mendengar cerita eksklusif ini daripada satu sumber sewaktu Murai Batu mengikut teman wartawan dari murai.com.my bertandang ke rumah baru Linda, 32, yang terletak di Bukit Indah, hujung minggu lalu. Banglo 6 bilik itu memang besar dan cantik, tersergam di pinggiran bukit. Ia mempunyai sebuah kolam renang untuk Linda dan anak-anak buahnya bersantai.

Harganya? Memang ramai hendak tahu sangat tentang harganya dan Murai Batu difahamkan ia mencecah sekurang-kurangnya RM2.4 juta. Kelas Linda Onn...

Kata sumber itu lagi, banglo mewah itu sepatutnya diduduki oleh Linda bersama Fahrin kerana mereka sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pertengahan tahun lalu. Dengan erti kata lain, rumah itu mahu dijadikan sebagai harta sepencarian mereka bersama tapi apa boleh buat, cinta mereka akhirnya putus di pertengahan jalan.

Dengan perancangan yang tidak menjadi itu, Linda tetap redha malah meneruskan hasrat untuk memiliki rumah itu juga walaupun dia sudah ada sebuah rumah besar Beverly Heights. Ampang.

Murai Batu tahu, ramai mula bergosip dari mana Linda mendapat duit untuk membeli rumah sebesar itu. Kata Linda, itu semua menggunakan titik peluhnya sendiri yakni daripada tugas di stesen radio serta menguruskan 6 restoran nasi ayam dan asam pedas di Lembah Klang.

Jadi janganlah siapa-siapa hendak bergosip Linda kononnya ditaja oleh mana-mana VVIP. Syabas Linda kerana awak seorang wanita yang gigih dan begitu independent.

credit: murai.com

BEYONCE TANGGUH KONSERT DI MALAYSIA

PETALING JAYA: Para peminat bintang handalan Beyonce Knowles mungkin akan kecewa lagi kerana penyanyi Amerika Syarikat itu telah menangguhkan konsertnya 'I am... Sasha Fierce' di Malaysia.

Konsert itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Ahad ini waktu malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Bagaimanapun, ia telah ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.

"Penangguhan itu adalah atas keputusan artis berkenaan dan tidak berpunca daripada faktor-faktor luaran," menurut kenyataan penganjur-penganjur Marctensia dan UCSI Communications semalam.

Para peminat yang telah membeli tiket-tiket konsert dan tidak ingin menunggu pengumuman tarikh konsert yang baru boleh menuntut bayaran balik dari 26 Oktober hingga 14 November ini di ibu pejabat Ticket Axcess di Petaling Jaya.

Mereka juga boleh menghubungi 03-7711 5000 atau layari www.axcess.com.my .

Semalam, para pengguna rangkaian sosial dalam talian Twitter hebat memperbincangkan sama ada konsert Beyonce itu telah dibatalkan.

PAS telah membantah persembahan Beyonce di Malaysia atas alasan "gaya pakaian artis itu yang kurang sesuai".

Namun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tiada sebab untuk menghalang konsert itu di negara ini sekiranya penyanyi terkenal itu akur dengan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Untuk menghilangkan rasa rindu peminat Beyonce di Malaysia, apa kata layan video klip Beyonce ni dulu..


GAMBAR: PELAKON, DAYANA KAMAL RENTUNG DALAM KEMALANGAN


Hasrat seorang warga Amerika Syarikat, Gonzales Christopher, 25, yang baru tiba di negeri ini untuk merasai kelazatan sup belut tertunai selepas dibawa oleh tiga sahabat barunya ke sebuah gerai tengah malam tadi.

Namun sup itu menjadi menu terakhirnya apabila dia bersama dua lagi rakan termasuk seorang wanita terbunuh selepas kereta dinaiki mereka merempuh tembok sebuah jambatan ketika mengelak seekor kucing.

Lebih tragis kemalangan pada pukul 4.15 pagi di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Bunut Payong di sini, turut mengakibatkan ketiga-tiga mereka rentung apabila kereta Proton Persona tersebut terbakar.

Dua rakan mangsa yang terbunuh ialah Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, berasal dari Tanah Merah dan wanita dikenali sebagai Diana (Dayana), 22, dari Ketereh.

Pemandu kereta, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, bagaimanapun terselamat selepas merangkak keluar dari kereta miliknya itu tetapi melecur hampir 18 peratus anggota badannya.

Tengku Ahmad ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini berkata, dia bersama Tengku Shamsu dan Diana baru sahaja mengenali Christopher di sebuah hotel, di sini malam tadi.

‘‘Dia (Christopher) teringin makan sup belut dan oleh itu saya ajak dia keluar tengah malam tadi untuk menikmatinya di sebuah gerai yang masih dibuka.

‘‘Kami berkenalan sebab dia seorang penyelidik dan memerlukan beberapa maklumat daripada saya mengenai penduduk negeri ini,’’ katanya yang bekerja di Jabatan Perangkaan Kelantan.

Tengku Ahmad memberitahu, kemalangan tersebut berpunca daripada tindakannya yang cuba mengelak seekor kucing melintas menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan.

‘‘Saya tidak memandu laju tetapi terkejut apabila lihat kucing tiba-tiba melintas lalu gagal mengawal stereng dan merempuh tembok sebuah jambatan.

‘‘Sebaik rempuhan itu berlaku saya pengsan seketika dan apabila sedar saya terhidu bau hangit seperti benda terbakar.

‘‘Saya berusaha sedaya upaya merangkak keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku terhadap tiga lagi rakan saya,’’ jelasnya.

Katanya, selepas berjaya keluar dari kereta tersebut dia pengsan sekali lagi dan tersedar apabila berada di HRPZ II.

Sementara itu, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ghani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 5.13 pagi.

Katanya, 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu tiba ke tempat kejadian beberapa minit selepas itu.

‘‘Ketika tiba kereta itu telah terbakar dan dua mangsa terperangkap di dalamnya manakala seorang lagi berada di bawah kenderaan tersebut.

‘‘Bomba memerlukan kira-kira 20 minit untuk memotong kereta yang telah hangus itu bagi mengeluarkan kesemua mangsa,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kes berlainan, seorang lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pasar Raya KB Mall.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Che Hashim Che Ibrahim, 42, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua kejadian tersebut dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca.

filed under: ,

GAMBAR NIKAH SHARIFAH SOFEA

Pertamanya tahniah diucapkan kepada pasangan Sharifah Sofea dan Syed ISmail yang baru sahaja bergelar pengantin baru minggu lepas...jadi ini adalah antara gambar nikah mereka untuk tatapan semua...Semoga kekal hingga akhir hayat..amin..







credit:Mytalento.com

VIDEO KLIP: LUCKY LAKI - SUPERMAN

Rasanya macam dah lama tak de video klip lagu kat blog ni..so, untuk membuatkan blog ni bising kembali, layanla video klip ni..

LAKONAN MANOHARA DALAM SINETRON DIKRITIK

KHABARNYA lakonan Manohara dalam sinetron 'Manohara' tidak sehebat mana kalau hendak dibandingkan dengan kisah kehidupan perkahwinannya dengan Pangeran Kelantan. Penonton lebih suka melihat lakonan natural aktres Naysilla Mirdad.

Berita dari seberang juga ada melaporkan yang drama 'Manohara' turun rating kerana lakonan pendukung utamanya, Manohara yang tidak bagus.

Tetapi pihak produser sinetron tersebut memberi alasan utama sinetron tersebut dihentikan adalah kerana jalan cerita yang sudah habis dan tidak lagi boleh dipanjangkan.

Dalam sinetron tersebut, isteri Tengku Fakhry itu digandingkan dengan Dude Herlino. Ramai peminat dan surat pembaca membuat penilaian yang Dude lebih sesuai jika disandingkan dengan Naysilla Mirdad.

"Banyak yang meminta Dude dipadankan kembali dengan Nay (Naysilla Mirdad)," kata satu sumber.

Namun menurut Dini, digantinya sinetron 'Manohara' bukan karena penonton tak lagi tertarik dengan sinetron tersebut. Namun memang alur ceritanya sudah habis dan tak lagi bisa diperpanjang.

Lakonan Manohara di sinetron itu juga turut mengundang kritik dari masyarakat. Rakan Manohara, VJ Marissa, mengakui Mano harus terus mengasah kemampuan lakonannya.

"Manohara sudah ada bakatnya, tapi dia cuma perlu mengasahnya," ujar bintang 'The Police' itu.

Begitupun, Manohara dilaporkan sering datang terlambat ke lokasi. Manun ketika ditanya, pihak produksi berkata ianya menjadi kebiasaan beberapa artis sinetron.

Difahamkan, sinetron 'Manohara' telah dihentikan siarannya pada 30 September lalu.

filed under:

PICTURE: IS IT TRUE LADY GAGA'S FACE??



New York - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga suka menampilkan imej seksi dan berahi di atas pentas namun tidak ramai yang tahu wajahnya yang sebenar, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar itu menyiarkan wajah sebenar Lady Gaga yang namanya Stefani Germanotta tanpa mekap dan pakaian seksi.

Gambar itu menunjukkan wajah Lady Gaga jauh berbeza jika dibandingkan semasa dia memakai mekap dan berpakaian seksi.

Lady Gaga lahir daripada sebuah keluarga yang mempunyai nilai-nilai baik

Penyanyi lagu Just Dance itu mula belajar bermain piano semasa berusia empat tahun dan belajar di sekolah persendirian Covent of the Sacred Heart.

Selebriti terkenal, Paris Hilton pernah belajar di sekolah itu.

Semasa berusia 17 tahun, Lady Gaga diterima memasuki program muzik di New York dan mula menulis lagu pertamanya ketika berumur 13 tahun.

Lady Gaga meminati lagu klasik ciptaan Beethoven dan falsafah.

Adakah dia terlalu bijak untuk menjadi seorang bintang pop?

filed under: ,

PANAS: IDA NERINA BERCERAI??

PETALING JAYA:Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres veteran itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.

Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun di dalam rumahnya.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu.

"Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz cerai.

"Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi," kata sumber itu.

Dalam pada itu, Shahrin ketika diminta mengesahkan hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.

"Saya tengah sibuklah..," jawab abang kepada bekas pemain drum kumpulan OAG dan pelakon Qushairi atau Qi ini ringkas ketika dihubungi dan terus memutuskan talian.

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mengesahkan berita perceraian Ida, ibu saudara Ida iaitu pengarah Rohani Yusoff dalam nada marah-marah dan sinis enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Bagi saya, benda yang elok kita ceritakan dan yang tak elok kita diamkan..," ujarnya ringkas sebelum memutuskan talian.

Pada 21 Jun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah.

Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Ida dan Shahrin telah berkahwin beberapa tahun yang lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Related Posts with Thumbnails
Copyright © 2009 Jom Terjah!!.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.