Jutaan peminat masih ternanti-nanti dengan tarikh pengebumian Michael Jackson yang dijangka akan berlangsung pada Ahad ini. Menurut Daily Express, ratusan ribu peminat bakal membanjiri bandar Los Angeles,serta siaran langsung pengebumian tersebut akan di’tayangkan serentak kepada lebih 2.5 billion penonton seluruh dunia. Majlis pengebumian ini kemungkinan akan lebih besar daripada Elvis Presley atau Puteri Diana. Keluarga Jackson berkata mereka akan mengebumi’kan Jackson secara peribadi, kemudian baru di’ikuti oleh majlis peringatan besar-besaran yang akan di’tayangkan pada minggu ini.
Salah seorang anggota polis Los Angeles berkata : ‘We are preparing for an event of historic proportions. We will be cooperating closely with the family once they have decided where to hold the funeral.

Pics: Peminat Memberi penghormatan terakhir utk Michael Jackson
Penyanyi Jacko, pernah berhasrat untuk di’semadikan di’ kediaman mewah tersebut. Neverland, yang mempunyai keluasan 1050 hektar, pernah menjadi kediaman’nya sebelum beliau di’isytihar’kan bankrap serta terlibat dengan dakwaan pencabulan kanak-kanak.
Bekas penasihat’nya bercadang untuk menukar’kan Neverland sebagai tempat bersemadi’nya Michael Jackson, di’jangka’kan akan membawa pulangan keuntungan - melebihi jumlah hutang Jackson yang bernilai jutaan pounds.
Pics: Neverland milik Michael JacksonCeh, memang dasar orang bisnes. Fenomena ini memang pandangan biasa untuk sebuah negara kapitalis, kematian seorang Superstar sebenar’nya akan memberi’kan satu keuntungan yang besar buat syarikat rakaman, pengebumian, pemegang hakcipta Michael Jackson termasuk’lah penjual Hotdog di’ Los Angeles pada Ahad ini.










